"Diam!!"
"Ingat abg x sakit hati ker bila dengar Iza buat macam ni belakang abg?!!
sekali lagi Amar meninggi suara kepada Iza yang kecil molek lagi ayu.
"ini rupanya balasan yg abg dapat dari Iza kan,
abg dah tak tau nak cakap apa lagi...
Amar diam membisu, melangit ke udara sambil menikmati pandangan sepi mega merah waktu petang ciptaan Illahi...Alhamdulillah, tenang sekitika Amar dibuatnya...
Iza dari tadi membisu membiarkan bayu lembut membasahi pipi gebunya...tak sanggup lagi menyimpan rasa bersalahnya pada Amar sekian lama, Iza akhirnya akur dengan kebenaran yang membawa kepada kecurangan dia terhadap Amar.
Setiap kata-katanya dipatahkan oleh sindiran sinis oleh Amar. Kaget dan lesu keadaan Iza, tak tertahan dengan setiap kebenaran yang berjaya dirungkai oleh kejujuran. Iza akur akan kehilangan Amar tapi Amar masih tidak berpuas hati dengan setiap kebenaran itu, kerana ia membuatkan Amar lagi sedih dan pilu.
"Iza buat ni sebab abg, sebab abg x hiraukan Iza, abg sibuk dengan hal abg. Iza x ada tempat untuk bicara, x da tempat untuk mengadu sehingga "dia" muncul dalam hidup Iza...dia tempat Iza luahkan segalanya. Abang jangan salahkan "dia", abang tak perlu cari "dia" sebab Iza sendiri yang memberi ruang dalam hati Iza untuk dia. Tempat abang x pernah berubah dalam hidup Iza tapi...
"Tapi apa lagi!!!?
sekali lagi Amar menemplak kata-kata Iza dengan suara garaunya. Bukan dia tidak tahu seorang perempuan tidak menyukai lelaki yag meninggi suara tapi bagi Amar, Iza bukan perempuan itu!
dia tidak layak untuk mendapat kelebihan seperti itu.
"Iza ingat benda ni "biasa-biasa" ker ha!!
"Abang nak sebut pun x sanggup tapi Iza sanggup buat perkara terkutuk tu belakang abang??
"sanggup Iza lupa diri seketika demi keseronokan sementara??
"Iza layak untuk berkata yang Iza ni seorang perempuan??
"sudah la, abang sedih dan marah sebab Iza sukarela!!!
Empangan air mata Amar tidak dapat menampung lagi isipadunya yang semakin meningkat mendadak. Butir-butir mutiara jernih seorang lelaki biasa akhirnya gugur dipersada kelopak matanya. Amar begitu pilu ketika ini...Astagfirullah, Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku ini Ya Allah, Kau berikanlah aku Hidayah dan Petunjuk ke jalan yang benar Ya Allah.
Amar sempat bersabar dalam keadaan semakin genting. Pada waktu ini, Amar cuba untuk tidak kehilangan rasional dan pertimbangan dia terhadap insan Allah yang lain. Iza yang dari tadi tidak henti-henti mengalirkan air mutiaranya sekali-sekala menyeka dipipinya.
"Iza...Iza minta maaf kat abang
tersekat-sekat suara wanita genit ini di depan Amar. Dirinya penuh rasa bersalah, andainya waktu dapat diputar kembali ke masa lalu, tidak sesekali dia membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian. Teringat peribahasa melayu menyesal kemudian tiada guna, tepat menerjah diri Iza sendiri.
"Maaf Iza bukan pada abang sepatutnya, Iza dah besar panjang, dah boleh fikir baik buruk perbuatan Iza
"abange bukan lagi hak Iza, abang dah x layak untuk Iza, pergilah pada "dia" yang Iza sayang sayang tu...
cuaca tenang seolah-olah memahami kegundahan hati seorang lelaki bernama Amar...
seolah-olah mengerti atmosfera situasi Amar dan Iza, dengan ketenangan itu, segala pembohongan, kecurangan, dan kemungkaran seorang insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Iza akur dirinya bukan yang terbaik buat Amar tapi jika Amar sudi memaafkan perbuatannya sudah cukup untuk Iza, terlepas bebanan berat dikepalanya. Walaupun itu bukan seperti yang diharapkannya, tapi jauh dilubuk hati Iza, Amar dapat menerima maafnya. Itu sudah cukup!
..............
Amar melemparkan pandangan matanya ke luar jendala dunia, kejadian siang tadi betul-betul menguji tahap kesabaran, rasional, dan ketajaman pemikirannya dalam menangi hal sebegitu. Dia hampir-hampir hilang pertimbangan tetapi hatinya berjaya dipujuk rayu dengan Zikurillah...
"aku masih sayangkan dia...
perkataan yang terbenam dihatinya berjaya diluah dengan mulut...
"aku letih...
"aku lemah...
"mungkin ini takdirku...
................................................
Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
"tetiba jer radio rosak neh main lagu wat jantung aku gugur plak...damned!!
Amar bermonolog sendirian...
sedar tak sedar, hampir sepertiga malam dia bersendirian di atas bumbung rumah flat usang yg disewanya bersama Zamri, teman rapatnya sejak dibangku sekolah.
"udah-udah la tu Amar, x elok berembun malam2 cenggini, demam ko nnt
memang dah jadi tabiat Amar untuk melepak sendirian di sudut bumbung batu flat itu sambil mendegar "radio rosak" pemberian arwah ibunya dulu.
Zamri memahami perasaan teman karibnya itu, pada mulanya dia ingin membiarkan saja sahabatnya itu. Mungkin ini cara untuk Amar menenangkan dirinya setelah beberapa peristiwa berlaku kebelakangan ni.
"makanan ko aku da letak kt atas meja, ko jangan tak makan lak, marah Mak Usu tu nanti, dia nampak ko balik tadi, muka x boleh nak "describe" cam mane dah...
"aku ade hal neh, maybe lewat cket ak balik, chow dlu bro...
"ok
ringkas jawab Amar. Perasaan yang dah memang serabut dari tadi membuatkan Amar rasa tenang sekejap dengan teguran temannya itu...
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
hmm...lagu ni betul-betul buat aku sakit la, buat aku teringat kisah aku dengan dia...
tapi aku yakin, pasti ada penyelesaiannya nanti...
Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan beban yang tidak mampu untuk dipikul...
setiap sesuatu itu, pasti ada penyelesaiannya. Itu yang dijanjikan-Nya pada setiap hamba-Nya...
Alhamdulillah, aku tenang seketika...
"memang iza ade hubungan dengan dia, sbb abg tak pernah ade untuk Iza abg paham tak!
abg sibuk sangat dengan keje abg, sampai Iza tak pernah rasa kehadiran abg dalam hidup Iza lagi. Tapi dia selalu datang untuk memenuhi ruang kosong hidup Iza yang abg tinggalkan, abg paham tak!
Amar tidak dapat menahan sebak, indah khabar dari rupa, sekian lama dia sangkakan yg Iza memahami kehendak kerja dan kerjayanya selama ini rupanya hanya omongan kosong. Kelopak mata Amar tidak dapat lagi menahan isipadu airnya dan melimpah buat pertama kalinya kerana seorang perempuan.
"abg tak pernah ade untuk Iza!"
ayat yang memang Amar tak boleh terima sejak pertemuan itu.
......................................
Iza tak henti-henti menangis sejak dari mula pertemuan mereka, Amar kaget, Iza cuba untuk memeluk Amar tapi Amar lepaskan dengan penuh sopan. Tidak sanggup melihat keadaan Iza yang tidak terurus itu, Amar membawa Iza ke tempat lain untuk mengelakkan pandangan serong tetamu tasik yang datang untuk beriadah.
Setelah enjin kereta dihidupkan, Amar hilang arah tujuan, dipandu keretanya tanpa arah yang khusus. Amar tidak sesekali menoleh pandangan matanya pada Iza, rasa jijik, sedih, jelik, sebak, kecewa, dan macam2 perasaan bercampur-baur ketika ini...
"Ya Allah, Kau kuatkanlah Iman hambaMu ini...
Amar bermonolog...
hmm...ape perlu aku buat sekarang ni??
arrrggghhh!!!
hampir setengah jam Amar memandu, Jalan TAR, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, habis dipusingnya. Iza sudah reda seketika...
"abg nak pergi masjid.. tiba-tiba Amar bersuara.
"hmm.. ringkas jawab Iza.
lebih kurang 5 minit, Amar memberhentikan keretanya di hadapan Masjid Negara, Sejuk hati Amar melihat rumah Allah tersergam indah dengan hiasan ayat-ayat suci Al-quran di dinding-dingding masjid.
lantas Amar mematikan enjin keretanya sambil Iza tidak ke mana-mana, biasa lah, orang perempuan...
wuduk di ambil sesempurna yang boleh dari hujung rambut hingga hujung kaki, Amar betul-betul menjaga wuduknya. Selangkah menaiki anak tangga masjid, sekali zikrullah disebutnya. Makin tenang jiwa Amar, hanya beberapa langkah lagi untuk Amar tiba di dewan solat utama Masjid Negara...
MasyAllah, sungguh indah hiasan dalaman masjid ini seindah jemaah masjid yang hadir untuk mendengar kuliah maghrib.
selesai solat, Amar berjalan perlahan ke arah dia memakirkan kenderaannya tadi. Terlihat Iza yang terlena mungkin kerana letih mengalirkan air mata siang tadi barangkali. Amar mengetuk cermin keretanya perlahan, takut-takut Iza terkejut.
Lantas Iza membuka kunci kereta setelah cermin kereta diketuk beberapa kali. Amar senyum. Iza membalas senyuman Amar, paksa atau rela, yang penting Amar ikhlas dengan senyumannya itu tadi.
bersambung...